Jangan sebar SMS yang boleh gugat keamanan - Zambry - Semasa | mStar

Jangan sebar SMS yang boleh gugat keamanan - Zambry

SLIM RIVER: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang khidmat pesanan ringkas (SMS) yang boleh menggugat keamanan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Taman Bistari, Kamunting dekat Taiping kira-kira pukul 9.10 malam tadi.

Beliau juga meminta orang ramai agar tidak terlalu mudah mempercayai SMS sedemikian yang jelas bermatlamat untuk menimbulkan suasana kurang tenteram di kalangan rakyat negeri itu.

"Sepatutnya apabila timbul insiden sedemikian, semua pihak yang terlibat tidak seharusnya menghantar pelbagai SMS yang boleh menghangatkan lagi suasana," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Bertemu Pelanggan Daerah Batang Padang di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua rakyat Perak agar menghargai keamanan yang dikecapi dengan menjaga sensitiviti semua pihak dan tidak terlalu mudah untuk mencetuskan suasana yang tidak tenteram di negeri itu.

"Kita pun berterima kasih kepada masyarakat yang matang khususnya di kawasan yang terbabit yang sama-sama berusaha untuk mengendurkan ketegangan dan mengembalikan suasana keamanan," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis menahan tiga lelaki berhubung kejadian itu dan polis turut merampas beberapa senjata yang digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

Beliau berkata keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang rusuhan berlaku sebagaimana yang disebarkan oleh pihak tertentu.

"Siasatan awal polis mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan berkenaan akibat ejek-mengejek yang menyebabkan kedua-dua kumpulan itu menyerang antara satu sama lain," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Haramkan SIS : PAS silap langkah?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain