suria

Lelaki ditemui maut dalam kereta remuk dalam gaung kecil

REMBAU: Anggota unit peronda PLUS hari ini menemui mayat seorang lelaki dalam kereta Honda CRV yang remuk dalam gaung kecil di KM226.7 dari arah selatan ke utara, Lebuhraya Utara Selatan.

Menurut jurucakap polis trafik di sini, mayat lelaki itu ditemui pada pukul 7.45 pagi dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu dengan kecederaan di dada dan kepala.

Kereta itu dipercayai merempuh sebatang pokok besar sebelum terbabas ke dalam gaung kecil itu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Kemalangan itu dipercayai berlaku awal pagi berikutan ketika ditemui, lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia lebih empat jam berdasarkan kepada kehadiran lalat pada mayat itu, katanya.

"Keadaan kereta yang memasuki gaung kecil menyebabkan kenderaan lalu lalang tidak melihat kereta itu," katanya.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat lelaki itu yang dipercayai berbangsa Cina. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain