suria

FOMCA selar Majlis Peguam kerana yuran proses yang tinggi

PETALING JAYA:Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini menyelar Majlis Peguam kerana mengenakan yuran proses RM100 yang tidak dikembalikan hanya untuk memfailkan aduan terhadap seorang peguam.

Setiausaha Agungnya Mohammed Shaani Abdullah, berkata "perkara ini tidak masuk akal dan tidak ada justifikasi untuk mengenakan yuran yang sebegitu tinggi."

Katanya Pusat Aduan Pengguna Malaysia (MCCC) di mana beliau merupakan Ketua Eksekutif kerap menerima aduan mengenai penguam dan telah memajukan perkara itu kepada Majlis Peguam untuk disiasat.

"Kami terkejut apabila menerima surat daripada jawatankuasa disiplin majlis itu yang meminta yuran pemprosesan sebelum mereka menerima aduan itu.

"Kami bukan sebuah NGO yang membuat untung dan menyediakan khidmat kepada awam dengan percuma dan Majlis Peguam sepatutnya mengambil tindakan yang sama kerana ia membabitkan integriti anggotaanggota mereka," katanya.

Kebanyakan aduan terhadap para peguam adalah berkaitan transaksi pembelian rumah di mana terdapat kelewatan dalam pemfailan dan penyelesaian dokumentasi.

Mohammed Shaani berharap Majlis Peguam akan mengkaji peraturan itu demi faedah peguam dan pelanggan.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain