suria

Lelaki terbakar muka dan tangan akibat perbuatan jenayah

SEREMBAN: Seorang lelaki Cina ditemui parah dengan kesan terbakar pada muka dan dua tangannya oleh orang ramai dalam satu kejadian pada pukul 2.30 petang ini di stesen minyak Shell dekat tol Senawang di sini.

Mangsa, Loke Man Onn, 40, dipercayai dicederakan dengan simbahan sejenis bahan kimia di tempat lain sebelum ditinggalkan di stesen minyak itu.

Bernama difahamkan, Loke yang bekerja sebagai jurukimpal telah keluar dari rumahnya di Taman Punca Emas pada sebelah pagi untuk pergi ke sebuah kilang di Seremban Selatan bagi membincangkan masalah wang gaji.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi menolak kemungkinan ia dilakukan oleh ah long.

Mangsa dilaporkan stabil dan kini berada di wad kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar. BERNAMA

Artikel Lain