suria

Ibrahim Ali ketuai tunjuk perasaan bantah bawa pulang Chin Peng

BANTAH..Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali mengetuai tunjuk perasaan membantah Chin Peng pulang ke Malaysia.Foto THE STAR Oleh: SAZUKI EMBONG

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengetuai kirakira 2,000 orang anggota Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Pusat Khidmat dan Membela Rakyat mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah uraura untuk membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng kembali ke negara ini.

Demonstrasi secara aman itu bermula kirakira pukul 1 petang hari ini dengan turut mempamer kain rentang yang mengutuk keganasan Chin Peng.

"Saya menyokong keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang kerana beliau sudah dianggap sebagai pembunuh dan pengkhianat bangsa," kata Ibrahim yang juga presiden MTRK kepada pemberita kemudiannya. Beliau berkata isu tersebut sepatutnya tidak timbul.

Isu untuk membawa pulang Chin Peng dicetuskan semula oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan barubaru ini atas dasar kemanusiaan dan menganggap bekas pemimpin kanan parti komunis itu yang kini tinggal di Thailand tidak lagi mengancam keselamatan negara. BERNAMA

Artikel Lain