Runtuhan Jaya Supermarket: Enam pihak disenaraihitam - Semasa | mStar

Runtuhan Jaya Supermarket: Enam pihak disenaraihitam

SHAH ALAM: Pemilik, kontraktor dan syarikat perunding yang terlibat dalam kerja pembangunan semula bangunan pusat beli belah Jaya Supermarket di Petaling Jaya yang runtuh mengorbankan tujuh buruh warga Indonesia, 28 Mei lepas telah disenarai hitam.

Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi tadi, membuat keputusan demikian setelah diberi taklimat lanjut oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan laporan siasatan awal Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) berhubung kejadian itu, kata kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Pihak yang disenaraihitam adalah Jaya Section Fourteen Sdn Bhd (pemilik tanah dan pemaju), DP Architects Sdn Bhd (yang mengemukakan permohonan pelan projek), Meinhardht (M) Sdn Bhd (jurutera), Pembinaan CW Yap Sdn Bhd (kontraktor), Jurutera Perunding Sdn Bhd (jurutera kontraktor) dan DLS Management (pengurus projek).

"Keputusan ini dibuat atas sebab MBPJ masih belum menerima sebarang laporan atau penjelasan daripada pemilik atau pakar runding yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas pembinaan dan pemantauan projek, sepertimana dikehendaki oleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan yang dikeluarkan oleh MBPJ.

"Pihak MBPJ juga belum menerima apaapa permohonan daripada mereka untuk membuat kerjakerja merobohkan saki baki dinding bangunan yang tertinggal," kata kenyataan itu.

IKRAM memaklumkan kepada kerajaan negeri Selangor bahawa dinding setinggi 19 meter itu membahayakan keselamatan penduduk berdekatan.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat hari ini juga membuat keputusan melanjutkan tempoh arahan henti kerja di tapak projek bekas bangunan Jaya Supermarket itu bagi membolehkan IKRAM membuat siasatan lanjut.

Tempoh arahan henti kerja yang bermula 29 Mei lepas berakhir hari ini. Kerajaan Selangor juga meminta IKRAM mengemukakan satu garis panduan kerja perobohan untuk diguna pakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Polis masih mencari Raja Petra

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain