suria

Polis buru empat lelaki rompak kedai emas

KUALA LUMPUR: Polis masih mengesan empat lelaki tempatan yang terbabit dalam rompakan kedai emas di Jalan Meranti 1A, Ligamas, Batang Kali dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata dalam kajadian pukul 2 petang itu, suspek yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun melarikan sejumlah barang kemas yang nilainya masih disiasat.

Katanya suspek yang bersenjatakan tukul besi kemudinnya melarikan diri dengan sebuah kereta.

"Bagaimanapun kira-kira 20 minit selepas kejadian, polis menemui kenderaan yang digunakan suspek ditingalkan di Ladang Guru Nanak, Batang Kali, dekat sini.

"Polis menggunakan unit forensik dan anjing pengesan K9 untuk mengesan suspek," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kes berkenaan diminta menghubungi Rakan Cop Selangor di talian 03-20525999. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain