suria

Polis rampas rokok seludup di Rembau

REMBAU: Sebanyak 6,450 karton rokok seludup bernilai kira-kira RM322,500 dirampas dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 239, Lebuhraya Utara Selatan di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata rampasan rokok pelbagai jenama itu dibuat selepas polis menahan sebuah lori pada kira-kira pukul 2 pagi.

"Polis turut menahan dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 30an bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lori itu mungkin datang dari arah Johor dan dalam perjalanan ke utara. Rampasan itu akan dirujuk kepada Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut, katanya. BERNAMA

Artikel Lain