suria

PAS kenal pasti calon pilihan raya DUN Manek Urai

KOTA BHARU: PAS sudah mengenal pasti calonnya yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini, tetapi masih belum mahu mendedahkan nama calon tersebut.

"Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkan seminggu sebelum pilihan raya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapi masalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yang berkelayakan. Pilihan raya Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu.

Ditanya pula sama ada beliau memberi sebarang petunjuk dalam pemilihan calon bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar agung parti itu di Shah Alam Jumaat ini, Nik Aziz berkata beliau menyerahkan kepada para perwakilan dalam menentukan calon tersebut.

Bagi jawatan itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa akan bertanding menentang penyandangnya Nasaruddin Mat Isa dan Mohamad Sabu.

Pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS menjadi perhatian utama semasa muktamar itu setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain