suria

Lelaki ditemui mati dibunuh di Johor Baharu

JOHOR BAHARU: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di Jalan Seroja 38, Taman Johor Jaya, berhampiran sebuah pasar raya besar, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Amer Awal berkata mayat lelaki berpakaian baju lengan panjang merah, seluar pendek, tanpa kasut dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu ditemui orang awam pada pukul 7.45 pagi.

"Pemeriksaan polis mendapati ada kesan lebam di bahagian kiri leher dan belakang badan lelaki itu yang dipercayai dipukul benda tumpul selain luka kecil di kening kirinya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amer berkata polis percaya lelaki berusia 30an itu dipukul antara pukul 3 dan 4 pagi di tempat lain sebelum dicampak ke tempat kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. BERNAMA

Artikel Lain