suria

Peniaga maut dihempap dahan pokok durian

KUANTAN: Seorang peniaga maut akibat dihempap dahan pokok durian ketika sedang membersihkan kebun buahbuahan ibu mentuanya di Felda Sungai Tekam Utara dekat Jerantut, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Supt Nordin Mustapha berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.30 pagi ketika peniaga itu Hairul Nizam Kamaruddin, 29, menebang pokok durian itu dengan gergaji.

"Apabila pokok durian itu tumbang, mangsa tidak sempat melarikan diri dan dihempap dahan pokok tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hairul Nizam yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jerantut, katanya.

Isterinya Wan Zalina Wan Seman, 29, yang turut berada di tempat kejadian turut mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama, katanya. BERNAMA

Artikel Lain