suria

Jurukimpal ditetak ketika dirawat di hospital

MELAKA: Seorang jurukimpal yang sedang dirawat di sebuah hospital pakar di Jalan Tun Seri Lanang di sini, cedera di tangan kanan akibat ditetak dengan parang oleh sekumpulan empat lelaki dalam kejadian awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata keempat-empat lelaki itu sebelum itu telah merayu kepada jururawat yang bertugas untuk menziarahi jurukimpal itu, G.Suriamurthy, 29, atas alasan mereka saudaranya yang baru tiba dari jauh.

Jururawat itu yang tidak mengesyaki apaapa telah membenarkan keempatempat lelaki berkenaan masuk untuk melawat mangsa dalam insiden yang berlaku kirakira 12.15 pagi, katanya kepada Bernama.

"Laungan mangsa (yang ditetak lelaki berkenaan) dan pesakit lain di wad itu telah didengar oleh jururawat yang bergegas masuk ke wad dan keempatempat lelaki berkenaan telah beredar meninggalkan mangsa," katanya.

Jurukimpal itu dirawat di tingkat 10 hospital itu sejak tiga hari lepas akibat kecederaan di kaki kiri setelah terbabit dalam kemalangan sewaktu menunggang motosikal di Bukit Serindit, di sini.

Jurucakap itu berkata serangan itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan sebelum ini. BERNAMA

Artikel Lain