suria

Pengerusi SPR kecewa PKR masih guna logo

BUKIT MERTAJAM: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kecewa dengan sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih tidak mematuhi peraturan agar tidak melekatkan logo atau menggantung bendera parti pada kenderaan yang mengangkut pengundi ke pusat-pusat pengundian.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya masih berkompromi mengenai perkara tersebut kerana peraturan larangan itu dilaksanakan kali pertama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan hari ini.

"Saya kecewa sedikit, tapi mereka dah degil nak buat macam mana... tapi tak mengapa, ini cara (kompromi) kita untuk mendidik mereka," katanya ketika ditemui sewaktu melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.

Mengulas mengenai perjalanan proses pilihan raya yang bermula sejak pukul 8 pagi tadi, Abdul Aziz berkata, beliau berpuas hati kerana prosesnya berjalan dengan lancar.

"Sehingga kini saya berpuas hati sebab semuanya berjalan dengan lancar... kalau di sini yang ada lapan saluran dengan lebih kurang 2,000 pengundi terkawal, saya yakin tempat-tempat lain juga akan terkawal," katanya.

Jelas beliau lagi, penyediaan pondok panas SPR di luar kawasan pusat mengundi adalah sangat berkesan bagi menggantikan pondok panas parti.

"Penyedian pondok panas SPR ini sangat berkesan bagi orang ramai buat semakan pemilih," katanya.

Artikel Lain