suria

Penduduk berhampiran tapak bangunan runtuh berpindah

PINDAH..Su Do Kin Meng ,50, (kiri) dan ibunya Au Yong Nui ,80, (centre) mengemas baju dan keperluang lain untuk berpindah dengan kadar segera setelah mendapat arahan untuk mengosongkan kawasan perumahan berhampiran dengan runtuhan bangunan Jaya Supermarket, Khamis lepas. Foto THE STAR Oleh: IBRAHIM MOHTAR
PINDAH..Su Do Kin Meng ,50, (kiri) dan ibunya Au Yong Nui ,80, (centre) mengemas baju dan keperluang lain untuk berpindah dengan kadar segera setelah mendapat arahan untuk mengosongkan kawasan perumahan berhampiran dengan runtuhan bangunan Jaya Supermarket, Khamis lepas. Foto THE STAR Oleh: IBRAHIM MOHTAR
PINDAH..Su Do Kin Meng ,50, (kiri) dan ibunya Au Yong Nui ,80, (centre) mengemas baju dan keperluang lain untuk berpindah dengan kadar segera setelah mendapat arahan untuk mengosongkan kawasan perumahan berhampiran dengan runtuhan bangunan Jaya Supermarket, Khamis lepas. Foto THE STAR Oleh: IBRAHIM MOHTAR

PETALING JAYA: Sebelas keluarga yang tinggal di Jalan 14/15 di sini yang berhampiran dengan bangunan pusat belibelah Jaya Supermarket yang runtuh Khamis lepas telah berpindah, manakala satu keluarga lagi enggan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kesemua sebelas penduduk itu telah berpindah sejak semalam dan ditempatkan di dua buah hotel berhampiran.

"Semua sudah pindah kecuali satu keluarga yang enggan pindah walaupun arahan berpindah sudah dikeluarkan semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka yang dipindahkan akan berada di penempatan sementara tersebut sehingga laporan berhubung keselamatan bangunan itu dikeluarkan.

Arjunaidi berkata beberapa anggota polis dan anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah ditempatkan di situ bagi mengawal 12 buah rumah itu daripada dicerobohi.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan itu telah dipagar dengan tali keselamatan serta dikawal ketat oleh beberapa anggota polis dan MBPJ, manakala ahli keluarga yang ingin memasuki kawasan tersebut dikehendaki mendaftar di khemah MBPJ untuk mendapatkan pas masuk.

Seorang penduduk, Lily Luis Robeiro, 69, berkata beliau dan keluarga telah berpindah ke rumah anaknya di Damansara walaupun di sediakan tempat penempatan sementara oleh pihak kontraktor dan pemaju.

"Saya tidak tahu berapa lama akan tinggal di sana. Walaupun diberi bilik hotel untuk dikongsi tiga orang untuk satu bilik, tetapi saya lebih selesa tinggal di rumah anak," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau dan keluarga tidak menghadapi sebarang masalah dan akur dengan arahan berpindah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa semalam demi keselamatan.

Difahamkan penduduk yang berpindah ditempatkan di Hotel Armada dan Crown Plaza di sini yang mana kosnya ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju dan kontraktor.

Sharon Wong Fook Thai, 36, yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta, berkata beliau memutuskan untuk berpindah kerana tidak mahu mengambil risiko memandangkan bangunan terbabit disahkan tidak selamat dan boleh runtuh pada bilabila masa.

"Rumah kami terlalu hampir dengan tapak bangunan runtuh dan ia sudah pasti mengundang bahaya kepada keluarga kami," katanya.

Phua Kian Huat, 47, berkata beliau sekeluarga berpindah setelah memikirkan bahawa kerja meruntuhkan bangunan itu akan menghasilkan bunyi bising dan boleh mengundang bahaya kepada anggota keluarganya.

"Apa yang penting sekarang ialah faktor keselamatan keluarga kami dan juga enam penghuni yang menyewa di rumah kami. Kami berpendapat berpindah lebih baik daripada menghadapi pelbagai risiko apabila bangunan itu diruntuhkan kelak," katanya.

Semalam, Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman mengarahkan kesemua penduduk terbabit berpindah setelah polis mendapat nasihat daripada pakar bahawa bangunan terbabit tidak selamat dan boleh runtuh keseluruhannya pada bilabila masa.

Sementara itu, seorang penyelia keselamatan di tapak bangunan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rajmohan, 50, berkata, beliau tidak menyangka bangunan itu akan runtuh kerana struktur bangunan itu telah diperiksa sebelum kerja-kerja perobohan dilakukan.

"Sebenarnya kami baru di peringkat percubaan dan kerjakerja meroboh yang sebenarnya belum dilakukan sepenuhnya...ketika kejadian saya nampak batu jatuh dari atas dan saya terus lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata ketika kejadian kirakira enam orang yang berada di bahagian bawah bangunan itu bertempiaran lari menggunakan jalan belakang bangunan itu bersamasamanya.

Katanya, sembilan pekerja yang berada di bahagian bangunan yang runtuh sedang melakukan kerjakerja memecahkan lantai konkrit di bahagian atas bangunan enam tingkat itu.

Seramai tujuh pekerja terbunuh dalam kejadian runtuhan itu. BERNAMA

Artikel Lain