suria

Gara-gara masalah teknikal bakal pelajar USM keliru status kelayakan

SEBAHAGIAN pemohon yang terkeliru dengan maklumat dipaparkan pada laman web Universiti Sains Malaysia tentang status kelayakan mereka memasuki universiti tersebut ekoran masalah teknikal. - foto The Star oleh WAN MOHIZAN WAN HUSSEIN

GEORGE TOWN: Gara-gara kesilapan teknikal pada laman web Universiti Sains Malaysia (USM), lebih 4,500 bakal pelajar terkeliru tentang status kelayakan mereka untuk masuki institusi pengajian tinggi itu.

Situasi itu tercetus ekoran tindakan universiti tersebut naik muat kesemua nama termasuk 3,599 pemohon yang berjaya pada laman web berkenaan kelmarin.

Sehubungan itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa) USM, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal memohon maaf atas kesilapan tersebut.

Kata beliau, kira-kira 8,000 calon telah lulus ujian kelayakan baru-baru ini. Seramai 22,000 orang memohon masuk USM tahun ini.

Daripada 8,000 yang lulus ujian itu hanya 3,599 dipilih.

Mereka telah memenuhi kriteria minimum untuk mengikuti program kendalian USM, kata beliau sambil menambah, "pada pemilihan terakhir selama tiga mulai 26 hingga 28 Mei, kami memutuskan untuk mengambil hanya 3,599 penuntut."

"Nama baki calon akan dikembalikan kepada Unit Pengambilan Universiti (UPU) untuk proses pemilihan universiti lain," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Jelas Ahmad Shukri, USM hanya menyedari kesilapan tersebut 3 petang semalam, kira-kira 24 jam selepas 8,000 nama terbabit dipaparkan.

Kata beliau, pihaknya mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengatasi masalah tersebut.

"Menjelang 5 petang semalam, hanya pemohon yang berjaya dimaklumkan menerusi surat tawaran dan surat penerimaan tawaran.

"Kami kesal kerana kesilapan ini yang telah akibatkan kesulitan kepada pelajar dan ibu bapa terbabit," katanya.

Ekoran kesilapan itu, USM telah memaklumkan pemohon yang berjaya menerusi panggilan telefon dan SMS manakala surat rasmi akan menyusul.

Ini kali pertama USM memilih bakal penuntutnya secara terus selepas dikurniakan status Apex baru-baru ini.

Artikel Lain