suria

Runtuh: Arahan henti kerja dikeluarkan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengeluarkan arahan henti kerja ke atas tapak projek bekas bangunan Jaya Supermarket yang runtuh semalam.

Langkah itu bagi membolehkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengkaji dan menyediakan laporan berhubung insiden itu.

"Arahan henti kerja itu untuk tempoh tujuh hari mulai hari ini," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai insiden itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini hari ini.

Sehingga kini, empat orang dilaporkan mati, dua cedera manakala empat lagi mangsa masih belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Abdul Khalid berkata, laporan itu bukan hanya menyentuh mengenai insiden itu tetapi turut mencadangkan langkah pencegahan bagi mengelak tragedi sama daripada berulang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain