suria

Laporan audit PKFZ diserah kepada SPRM

PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng hari ini menyerahkan laporan audit mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini ekoran kontroversi daya maju dan kos pembangunan hab muatan dan pemindahan itu yang melambung sehingga RM4.6 bilion.

Sambil menjelaskan bahawa beliau diarah oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mengemukakan salinan laporan itu kepada SPRM, Lee berkata, LPK akan memberi kerjasama penuh jika SPRM menjalankan siasatan.

Katanya, laporan audit itu juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara.

Mengenai tindakan terhadap mereka yang dinamakan dalam laporan itu, Lee berkata, ia bergantung kepada siasatan SPRM. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain