Bangunan runtuh: Satu lagi mayat ditemui - Semasa | mStar

Bangunan runtuh: Satu lagi mayat ditemui

PETALING JAYA: Satu lagi mayat ditemui pada 3.30 pagi ini di bahagian bawah tempat letak kereta bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket, di Seksyen 14, Petaling Jaya yang runtuh petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat itu belum dapat dikeluarkan kerana pasukan mencari dan menyelamat mengambil langkah berjagajaga dalam usaha mencari mangsa lain yang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan itu.

Penemuan itu menjadikan jumlah korban akibat kejadian itu meningkat kepada tiga, setelah dua mayat ditemui semalam. Empat lagi mangsa dipercayai masih terperangkap.

"Kita berusaha membuat lubang daripada sebelah atas runtuhan untuk turun ke bawah. Kita dapat sampai ke tempat mayat ketiga itu secara merangkak tetapi ia belum berjaya dikeluarkan," katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat menghadapi masalah untuk membuat lubang kerana gegaran masih berlaku yang berkemungkinan boleh menyebabkan eskalator yang berada di bahagian atas kawasan itu jatuh.

"Kemungkinan beberapa mangsa terperangkap di kawasan itu berdasarkan kepada kesankesan yang ada dan bantuan daripada unit K9 (unit anjing pengesan) dan bomba semalam...empat mangsa lagi yang belum dikesan," katanya.

Arjunaidi berkata seramai 515 anggota pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus menjalankan kerja menyelamat yang bermula sejak petang semalam.

Kejadian runtuh itu berlaku pada 5 petang ketika kerja merobohkan bangunan itu sedang dijalankan oleh beberapa pekerja.

Mayat pertama yang dikenali sebagai Maskor, 28, dikeluarkan dari tapak runtuhan pada 6.50 petang semalam manakala mayat kedua, yang belum dikenal pasti dikeluarkan pada 10.20 malam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Influenza A: 14 kes disiasat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain