suria

Kastam musnah rokok bernilai RM12 juta

SEREMBAN: Bahagian Penguatkuasaan Kastam Negeri Sembilan hari ini memusnahkan keseluruhan simpanan rokok rampasannya bernilai RM12 juta yang dirampas sejak awal tahun lepas hingga April 2009.

Pengarah Kastam Negeri Sembilan Mohd Kassim Ismail berkata tahun lepas sahaja pihaknya berjaya menyelesaikan 102 kes tangkapan membabitkan rokok putih dan kretek yang bernilai RM1.8 juta dengan cukai kastam mencecah RM7.1 juta.

"Kebanyakan siasatan berkaitan kes-kes tangkapan rokok berjaya diselesaikan dan rokok-rokok itu akan dilucut hak kepada Jabatan untuk dilupuskan secara pemusnahan," katanya kepada pemberita semasa majlis pemusnahan rokokrokok itu di Sem Mah Waste Disposal Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata rokok-rokok itu dimusnahkan bagi mengelak timbulnya tanggapan salah masyarakat kononnya rokok yang dirampas kerana pelbagai kesalahan itu akan diedar semula ke pasaran tempatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain