suria

Jangan bincang kes masih dibicarakan di Mahkamah Syariah - Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat kenyataan atau menyentuh kes-kes yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Tanpa merujuk mana-mana kes, beliau berkata perbuatan sebegitu boleh menimbulkan keadaan subjudis terhadap sesuatu kes.

"Apabila benda (kes) itu telah dibawa ke Mahkamah Syariah, kita patut menghormatinya seperti mana kita tidak pernah mengganggu kes-kes mahkamah sivil," katanya kepada pemberita pada majlis anugerah khidmat cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Jamil Khir berkata demikian kepada ketika diminta mengulas mengenai proses perbicaraan kes-kes di mahkamah syariah seperti perceraian yang berlanjutan dan mengambil masa yang lama sehingga mencecah beberapa tahun.

Menurutnya pengetahuan agama yang cetek mengenai proses sesuatu kes untuk dibicarakan menyebabkan sesetengah pihak menganggap kes berkenaan mengalami kelewatan untuk diselesaikan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain