suria

Remaja lelaki rakyat Thailand ditahan curi kereta

TUMPAT Polis menahan seorang remaja warga Thailand dan menemui kembali sebuah kereta serta wang tunai RM700 yang dilarikannya, kira-kira sejam selepas ia dilaporkan hilang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Othman Nayan berkata remaja berumur 15 tahun itu ditahan ketika sedang memandu kereta Kancil berkenaan di Wakaf Baharu, kirakira 7 kilomter dari tempat kejadian, kira-kira pukul 3.15 petang.

Katanya dalam kejadian semalam, polis menerima laporan daripada seorang jururawat mengenai kehilangan keretanya yang diletakkan di kawasan hospital tempat kerjanya pada pukul 2 petang.

Beliau berkata jururawat itu turut mengadu kehilangan wang dari dompetnya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini, beliau berkata polis kemudiannya melancarkan operasi dan menemui kereta itu di Wakaf Baharu pada pukul pukul 3.15 petang.

Menurutnya polis menemui semula wang tunai RM700 di dalam poket remaja itu, yang ketika ditahan didapati berada dalam keadaan khayal, dipercayai akibat pengambilan dadah.

Othman berkata suspek mengaku memasuki ke kawasan hospital itu dengan tujuan untuk mengutip derma bagi tujuan membina sebuah surau, dan sebaliknya mengambil kesempatan untuk mencuri wang serta kunci kereta jururawat itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain