Dakwaan ganjaran: PKR kaji tindakan ke atas 2 pemimpin temui Aminah - Semasa | mStar

Dakwaan ganjaran: PKR kaji tindakan ke atas 2 pemimpin temui Aminah

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak ke atas dua pimpinan parti itu yang mengakui telah menemui calon Bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan ganjaran supaya menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata, parti belum memutuskan apa-apa tindakan susulan terhadap pemimpin berkenaan iaitu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam.

"Kita akan uruskan perkara itu (tindakan) selanjutnya," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini hari ini.

Semalam Cheah dan Peter menafikan mereka menawarkan ganjaran kepada Aminah sekiranya beliau menarik diri dalam pilihan raya ini namun mengakui mereka mengunjungi rumah Aminah pada 13 Mei lalu.

Kelmarin Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Dalam pada itu Siafuddin juga mengesahkan pihak peguam parti telah menghantar notis tuntutan kepada Aminah berhubung dakwaannya.

"Dalam konteks Aminah, PKR telah melantik panel peguam untuk tindakan susulan, hal Aminah elok diajukan kepadanya, hal rumah tangga PKR kita akan uruskan dengan penuh bijaksana.

"Kita sudah hantar notis kepadanya menggunakan dua alamat iaitu alamat surat-menyurat dan alamat tempat tinggal... kedua-dua kita hantar," katanya.

Ditanya apakah tindakan susulan yang akan diambil sekiranya Aminah tidak memberikan sebarang respons terhadap tuntutan tesebut, Saifuddin berkata perkara itu akan difikirkan apabila tempoh jawapan itu berakhir.

"Sekarang masih dalam tempoh itu, apabila tempoh itu tiba baru PKR akan fikirkan tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain