suria

Amirsham dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara

PUTRAJAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, yang bertaraf menteri tetapi bukan anggota Kabinet, berkuatkuasa Isnin ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penubuhan majlis itu yang diumumkan semasa pembentukan kabinet, akan melapor terus kepada beliau dan antara bidang tugasnya ialah menasihati kerajaan dalam membentuk satu model baru ekonomi negara yang berteraskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi.

"Ini adalah selaras dengan strategi untuk melonjakkan status ekonomi negara yang berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi dan seterusnya ke arah status negara maju pada tahun 2020 nanti," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan perkara itu di sini hari ini.

Beliau berkata anggota-angota lain majlis itu yang terdiri daripada pakar ekonomi dari dalam dan luar negara akan diumumkan tidak berapa lama lagi.

"Nama-nama anggota majlis akan diumumkan kemudian kerana kita perlu teliti mereka yang sesuai untuk menganggotai majlis itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain