suria

Mahfuz sah tanding Naib Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan hujung minggu depan.

Ketika mengumumkan pendiriannya di sini hari ini, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau mahu bertanding atas keupayaannya boleh menyumbang kepada parti.

Beliau menyerahkan borang menerima pencalonan di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Kali ini ketiga-tiga kerusi Naib Presiden kosong.

Dua penyandangnya menawarkan diri merebut jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Artikel Lain