Keputusan mahkamah langkah pertama selesai kemelut Perak - Muhyiddin - Semasa | mStar

Keputusan mahkamah langkah pertama selesai kemelut Perak - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, yang sah memihak kepada Barisan Nasional (BN), merupakan langkah pertama dalam menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Beliau berkata keputusan mahkamah itu menunjukkan bahawa BN mengikuti prinsip undang-undang serta tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Keputusan yang dibuat oleh kesemua hakim muktamad, dan secara keseluruhannya ia memberikan petanda bahawa sudah patut selesai satu daripada kemelut yang berlaku di Perak dan status Menteri Besar ini.

"Jadi saya harap semua pihak termasuk yang kalah, parti lawan terima keputusan mahkamah ini dengan hati terbuka, menghormatinya dan harus memberikan peluang kepada pimpinan Datuk Seri Dr Zambry untuk menjalankan tugas dengan tidak diganggu yang membawa kesan kepada kebajikan rakyat Perak," katanya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan di sini.

Zambry semalam diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara Hakim Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei yang berpihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Muhyiddin berkata: "Pokoknya, (yang) dahulu dipertikaikan (Menteri Besar) telah terjawab dan ini diputuskan oleh badan perundangan negara dan tidak patut diungkit lagi kerana kita (BN), apa sahaja keputusan mahkamah sama ada menyebelahi atau tidak, kita terima."

Beliau berkata parti lawan tidak seharusnya berkempen mempertikaikan keputusan mahkamah hari ini kerana ia dilihat seperti menghina mahkamah.

"Ini boleh menimbul kesangsian dan kecurigaan terhadap kewibawaan kerajaan BN di Perak.

"Kita harap ini tidak berlaku. (Dr) Zambry punyai tugas berat untuk pulihkan keyakinan rakyat dan melakukan usaha membangunkan Perak yang berbulan tidak menentu dan (telah) terganggu kelicinan pentadbirannya. Sudah tentulah tak menguntungkan rakyat. Eloklah rakyat diutamakan, bagi peluang kepada kerajaan yang ada (untuk) mengutamakan rakyat," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan rakyat Perak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu, Muhyiddin berkata: "Saya harap rakyat terima dengan baik sama ada Melayu, Cina dan India kerana keputusan ini akan memadam tanggapan sebelum ini yang menjadi persoalan."

"Apa yang Sultan (Sultan Azlan Shah) buat adalah betul, apa yang dibuat Sultan terbukti selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri, semua harus menghormati," katanya.

Mengulas mengenai desakan pembangkang supaya dibubarkan Dewan Udangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan negeri, Muhyiddin berkata ia tidak perlu kerana kerajaan yang diputuskan oleh mahkamah hari ini adalah BN.

"Kita adalah kerajaan yang sah. Jadi apa wajar untuk dewan dibubarkan. Kalau tak ada Menteri Besar itu lain cerita. Itu pandangan masingmasing. Saya berpendapat dengan keputusan mahkamah, tidak ada keperluan bubar dewan. Yang penting kerajaan sah, Menteri Besar sah dan kita pikul amanah yang diberi rakyat," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini