suria

Status MB Perak: Keputusan rayuan Zambry hari ini

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan memutuskan hari ini berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop menetapkan pukul 3.30 petang ini untuk memberikan keputusannya berhubung rayuan Dr Zambry daripada Barisan Nasional terhadap perintah Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.

Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Mohammad Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Artikel Sebelum

Zambry MB Perak sah

Artikel Berikut

Artikel Lain