suria

Perhimpunan haram: Adun Teratai antara 17 ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee ditahan kerana mengadakan perhimpunan haram di hadapan Pejabat DAP di Ampang Jaya di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hasan berkata mereka ditahan kerana mula berhimpun di kawasan itu sejak pukul 9 malam.

Beliau berkata polis mengeluarkan arahan sebanyak empat kali supaya mereka bersurai, tetapi mereka tetap degil dan terus berhimpun di kawasan itu.

Perhimpunan itu dipercayai dihadiri oleh anggota DAP kawasan Teratai dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang Jaya, dengan tujuan membantah suasana krisis politik semasa di Perak.

"Mereka memakai baju hitam dan membawa lilin ketika berhimpun. Mereka dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk diambil keterangan," katanya.

Abdul Jalil berkata mereka akan ditahan sehingga keterangan dan rakaman percakapan mereka diambil. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Zambry MB Perak sah

Artikel Berikut

Artikel Lain