suria

Manek Urai: PAS harap BN tidak tanding

Manek Urai: PAS harap BN tidak tanding juga

KUALA LUMPUR: PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calonnya di Penanti, akan turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.

Pilihan raya kecil Manek Urai merupakan yang ketujuh sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008.

BN bertanding di lima pilihan raya kecil kecuali Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang penamaan calonnya diadakan esok dan jika ada pertandingan pengundian berlangsung 31 Mei.

"Saya mencadangkan Umno tidak tanding, tidak masuk... kalau masuk pun akan kalah.

"Saya rasa akan kalah, insya-Allah akan kalah, bukan saya cakap besar," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi.

Mustafa berkata, PAS tetap akan meletakkan calonnya di Manek Urai untuk mempertahankan kerusi itu.

Bagaimanapun katanya terlalu untuk menyebut tentang bakal calon kerana tarikh pilihan raya kecil belum ditetapkan.

Isnin lalu BN memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac lalu.

Selain menjimatkan kos, kata beliau, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri. Pilihan raya kecil Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.

Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004 hingga 2008.

Artikel Sebelum

Zambry MB Perak sah

Artikel Berikut

Artikel Lain