suria

Pramugari MH091 bebas virus influenza A(H1N1)

IPOH: Pramugari yang bertugas dalam pesawat MH091 dari Newark, Amerika Syarikat, yang dinaiki penumpang yang dijangkiti influenza A(H1N1) Rabu lepas, bebas daripada wabak itu.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak berkata pemantauan rapi yang dilakukan terhadap wanita itu yang dikuarantin di kediamannya di Ayer Tawar sejak semalam tidak menunjukkan beliau dijangkiti wabak itu.

"Pemantauan mendapati tiada simptom serangan wabak ini terhadapnya dan beliau tidak perlu lagi menjalani kuarantin di rumah mulai petang ini," kata jurucakap itu kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap jabatan itu berkata walaupun Perak kini bebas daripada serangan influenza A, saringan dan pemantauan terhadap kemasukan pelancong di Kompleks Kastam dan Imigresen di Pengkalan Hulu akan diteruskan sehingga wabak ini benarbenar berjaya dikawal.

Empat mangsa yang dikuarantin di Hospital Tuanku Bainun di Ipoh kerana disyaki mempunyai simptom penyakit itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang semalam, katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain