suria

Melaka bebas wabak meningitis

MELAKA: Melaka hari ini diisytihar bebas daripada wabak meningitis apabila tiada lagi pesakit yang dirawat di Hospital Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Pembangunan Keluarga negeri, Norpipah Abdol berkata, tiga pelatih terakhir Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua di sini yang dirawat di wad isolasi hospital itu dibenar pulang pada pukul 8 pagi ini.

"Empat pelatih akademi itu yang dirawat di wad sama dibenar pulang semalam," katanya kepada pemberita selepas mengiringi tiga pelatih berkenaan keluar dari wad isolasi hospital itu hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dr Ghazali Othman.

Kes meningitis itu mula dikesan apabila seorang pelatih akademi berkenaan meninggal dunia pada 4 Mei lepas, dan 41 yang lain dirawat di hospital.

Norpipah berkata, arahan kuarantin yang dikenakan terhadap pelatih lain di akademi berkenaan juga telah ditarik balik dan aktiviti di akademi itu pulih seperti biasa. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain