suria

MCA tak restu pertemuan Chua dan Husam

KUALA LUMPUR: MCA tidak memberi kebenaran atau restu kepada timbalan presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengenai krisis politik di Perak, kata presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pucuk pimpinan parti hanya diberitahu mengenai perbincangan itu oleh Chua semalam, katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkara itu yang tersiar dalam blog Chua semalam.

Selain isu Perak, Chua yang disertai anaknya yang merupakan Anggota Parlimen Labis, Chua Tee Yong, telah membincangkan isuisu politik secara am dan mereka bersetuju bahawa kini terdapat amalan politiking yang keterlaluan di negara ini.

Mengenai keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding di Penanti, Ong berkata ia tidak bermakna BN tunduk kepada tekanan pembangkang.

"Kita bukan nak terikut-ikut dengan mainan politik mereka. Apa yang penting bagi kita sebagai parti pemerintah ialah kita mesti ada pendirian sendiri, dalam menentukan apa yang baik dan apa yang munasabah untuk rakyat.

"Kita ada agenda perjuangan sendiri, di mana kita utamakan prestasi dan masa depan negara," kata Ong. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain