Mafrel bantah SPR benarkan pondok panas di Penanti - Semasa | mStar

Mafrel bantah SPR benarkan pondok panas di Penanti

BUKIT MERTAJAM: Mafrel, sebuah organisasi pemerhati dan pemantau pilihan raya tidak berpartisan, mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik semula kebenaran mendirikan pondok panas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hujung bulan ini.

Koodinator Mafrel Pulau Pinang, Jamaluddin Abdullah berkata pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada SPR esok (hari ini) supaya pilihan raya kecil itu benar-benar bebas daripada aktiviti berkempen pada hari mengundi.

Katanya pengundi perlu diberi kebebasan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tenang tanpa sebarang pengaruh atau tekanan.

Ketika bercakap pada persidangan akhbar di sini semalam, beliau berkata memandangkan SPR telah menyediakan kemudahan semakan butiran pemilih, maka pondok panas ini tidak diperlukan.

Beliau berkata pondok panas itu juga tidak wajar diadakan berikutan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding kali ini dan saingan terhadap calon yang bertanding sudah berkurangan.

"Kalau pembangkang menggunakan pondok panas untuk berkempen pada hari mengundi, adalah tidak adil kepada calon-calon bebas kerana sudah pasti jentera mereka tidak setanding dengan kemampuan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Jamaluddin berkata sebelum ini SPR melarang parti-parti politik yang bertanding membina pondok panas di luar kawasan 50 meter dari pusat mengundi tetapi larangan itu ditarik semula selepas pakatan pembangkang menemui SPR baru-baru ini.

Katanya pertarungan calon pada pilihan raya kecil kali ini unik kerana pertandingan tertumpu kepada PKR dan beberapa calon bebas.

Menurutnya, Mafrel meletakkan lebih 50 pemantau untuk pilihan raya kecil itu dan akan melaporkan kepada SPR serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai sebarang salah laku atau perbuatan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Kami juga akan memantau sama ada PKR menggunakan jentera kerajaan negeri Pulau Pinang untuk kempennya dan kami akan mendedahkan perkara itu jika ia berlaku," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lepas kerana hendak menyambung pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Berikutan kekosongan kerusi itu, SPR menetapkan Sabtu ini untuk penamaan calon dan 31 Mei sebagai hari mengundi jika terdapat pertandingan. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini