H1N1: TPM gesa penumpang MH091, AK5358 tampil dapatkan rawatan - Semasa | mStar

H1N1: TPM gesa penumpang MH091, AK5358 tampil dapatkan rawatan

SEPANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menasihati baki penumpang penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAs) MHO91 dan AirAsia AK5358 pada 13 Mei lepas yang menaiki pesawat bersama dua pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) supaya tampil mendapatkan rawatan.

"Saya berharap mereka yang berada dalam penerbangan itu supaya tampil demi keselamatan dan kesihatan mereka," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Laporan hari ini mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan masih mencari baki penumpang yang menaiki pesawat bersama dua pesakit yang dijangkiti virus selesema H1N1 itu.

Muhyiddin juga menggesa rakyat Malaysia yang tinggal atau belajar di luar negara supaya mengikut nasihat atau mematuhi semua amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau pihak berkuasa kesihatan.

Ditanya sama ada mereka perlu pulang atau tidak, Muhyiddin berkata mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu tetapi meeka perlu mengambil kira semua nasihat pihak berkuasa kesihatan berkenaan cara melindungi diri mereka.

Artikel Sebelum

DUN Penanti: BN tidak bertanding

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain