suria

Krisis Perak: Nik Aziz tidak setuju bincang dengan BN

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara keduadua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain