suria

Ong: Beri biasiswa berdasarkan merit

TANAH MERAH: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat sekali lagi menegaskan bahawa ada pelajar cemerlang yang tercicir daripada menerima peruntukan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jelas beliau, meritokrasi adalah perkara utama dala misu tersebut.

"Setiap pelajar perlu diberikan peluang sama rata untuk mendapatkan biasiswa tersebut. Kenyataan saya tidak perlu disalahtafsir. Ia (kenyataan) dibuat semata-mata daripada kebimbangan saya mengenai biasiswa cara diberikan,"katanya selepas merasmikan dewan komuniti di Kampung Baru Rangkaian Pasi Panji semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkara Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah akhbar harian berbahasa Melayu.

Ibrahim dilaporkan mendesak kerajaan bersikap tegas dengan mengembalikan sepenuhnya hak biasiswa bumiputera.

Ahli Parlimen Bebas itu berkata permintaan Ong itu bersifat tamak dan menuduh beliau mendapatkan semula sokongan daripada masyarakat Cina.

Berikutan kenyataan itu, Ong berkata Ibrahim berhak memberikan pendapatnya.

"Kami( Ibrahim dan Ong) pendukung demokrasi. Kami berhak untuk menyuarakan apa yang kami rasakan betul,"

Artikel Lain