suria

Lelaki tempatan bebas dari Influenza A (H1N1)

PULAU PINANG: Ujian sampel darah ke atas seorang lelaki berusia 26 tahun dari Bukit Mertajam, dekat sini, yang disyaki mempunyai simptom influenza A (H1N1), didapati negatif.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Phee Boon Poh memberitahu Bernama bahawa beliau telah dimaklumkan tentang keputusan ujian itu oleh Jabatan Kesihatan Negeri hari ini.

Semalam, lelaki yang baru kembali dari Amerika Syarikat itu diletakkan di bawah pemerhatian di wad pengasingan Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menghidap demam dan dipercayai mempunyai simptom H1N1.

Dua minggu lepas, seorang pelancong New Zealand dimasukkan ke wad pengasingan hospital itu kerana disyaki dijangkiti virus H1N1 tetapi kemudian ujian darah mendapatinya negatif virus itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain