suria

Persidangan perwakilan MIC 12 dan 13 September

KUALA LUMPUR: MIC akan mengadakan persidangan perwakilan yang ke-63 pada 12 dan 13 September ini dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata persidangan itu yang akan dihadiri 1,600 anggota perwakilan akan menyaksikan pertandingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, tiga jawatan Naib Presiden serta 23 jawatan ahli jawatankuasa pusat.

Samy Vellu telah mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti bagi penggal ke-11 setelah pencabarnya, bekas Naib Presiden MIC Datuk M. Muthupalaniappan, gagal memperoleh bilangan pencalonan yang mencukupi apabila pencalonan ditutup pada 22 Mac lepas.

Sebanyak 13 usul dijangka dibentangkan pada persidangan itu.

Terdahulu, Samy Vellu menyampaikan bantuan pinjaman pendidikan Institut Pembangunan Pendidikan Maju berjumlah RM1.2 juta kepada 143 orang pelajar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain