suria

Dua suspek rompak kedai emas sangat berbahaya - Polis

BUKIT MERTAJAM: Polis menyifatkan dua lelaki yang sedang dicari kerana disyaki terlibat dalam rompakan kedai emas di Bukit Jambul pada Sabtu lepas sebagai sangat berbahaya kerana mereka memiliki senjata api.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata seorang daripada lelaki berusia 30 tahun berasal dari Lengkok Angsana, Ayer Itam, manakala seorang lagi berusia 38 tahun, berasal dari Pondok Upeh di Balik Pulau.

"Hasil maklumat dan risikan, kita berjaya mengenal pasti identiti keduadua mereka ini dan mereka sangat dikehendaki kerana berbahaya serta memiliki senjata api," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ayub berkata kedua-dua mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dipercayai sedang menyembunyikan diri setelah polis menahan seorang wanita berusia 30 tahun dipercayai rakan kepada penyenayah yang melakukan rompakan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki merompak kedai emas dan seorang daripadanya mati di tempat kejadian manakala seorang pekerja kedai emas itu cedera selepas berlaku tembak menembak antara penjenayah terbabit dan pengawal keselamatan kedai itu.

Dua penjenayah melarikan diri bersama beberapa barang kemas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain