suria

Dua pemandu teksi ditahan bagi kes samun penumpang

KUALA LUMPUR Polis menahan dua pemandu teksi masingmasing berumur 20 dan 52 tahun yang dipercayai terbabit dengan 28 kes samun dan cederakan penumpang dari kalangan warga asing sejak awal tahun ini, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata keduadua lelaki itu ditahan di sekitar Hentian Puduraya pada 5 Mei lepas, dan polis sedang berusaha mengesan tiga lagi rakan mereka termasuk seorang wanita yang berumur lingkungan 30an bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan mendapati pemandu teksi itu biasanya menjalankan kegiatannya dengan mencari penumpang dari kalangan rakyat asing untuk dijadikan mangsa.

Bercakap kepada pemberita dalam persidangan akhbar di bejabatnya di sini hari ini beliau berkata selepas mengambil penumpang, pemandu teksi ini akan mengambil seorang rakannya, sebelum penumpang itu dibawa ke tempat lain dan dipukul serta disamun.

Menurutnya polis tidak menerima sebarang maklumat berhubung keskes ini sehingga seorang mangsa yang merupakan warga Nepal membuat laporan polis mengenainya bulan lepas.

"Teksi-teksi ini merupakan milik persendirian dan juga syarikat. Pemilikpemilik teksi ini sudah dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.

Sementara itu Ku Chin Wah berkata polis menahan tujuh warga Pakistan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang kakitangan British Airways yang berumur 26 tahun di sebuah hotel di Jalan Perak di sini pada 5 Mei lepas.

Ku berkata kesemua lelaki yang berumur lingkungan 20an itu ditahan secara berasingan di sekitar ibu negara baru-baru ini, dan polis masih sedang memburu seorang lagi suspek warga Pakistan bagi membantu siasatan kes itu.

Dalam kejadian minggu lepas, kakitangan British Airways itu yang merupakan lelaki Hungary, ditemui mati di bilik hotel berkenaan pada kirakira pukul 11 malam dengan tangan serta kakinya diikat manakala lehernya dicekik, dan barangbarang miliknya termasuk kad kredit didapati hilang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain