suria

Sultan Selangor dibenar keluar hospital

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California, pada Isnin selepas menjalani pembedahan injap jantung di situ pada 2 Mei lepas.

Doktor peribadi baginda, Datuk Dr Anuar Masduki, memberitahu Bernama bahawa Sultan Sharafuddin akan menjalani rawatan pemulihan di bawah penyeliaan pakar pusat perubatan itu.

Baginda juga akan menjalani rawatan susulan oleh Dr Craig Miller yang telah menjalankan pembedahan itu.

Selain Dr Anuar, baginda turut diiringi ke California oleh adinda baginda, Tengku Ahmad Shah, Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan, Datuk Zakaria Abdul Rahman dan Ahli Dewan Diraja Selangor Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir selain pembantu peribadi Kelvin Ong. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain