suria

Polis minta semua pihak tenang hadapi krisis Perak

KUALA LUMPUR: Polis meminta semua pihak terutamanya penyokong parti politik agar bersabar dan bertenang dalam menerima keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berhubung jawatan menteri besar Perak.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata orang ramai juga jangan terikutikut dan terpedaya kepada khidmat pesanan ringkas (SMs) yang disebarkan dengan tujuan untuk menggugat ketenteraman awam.

"Orang ramai diingatkan bahawa menghormati keputusan mahkamah, bermakna peluang diberi untuk melihat sistem keadilan negara beroperasi dalam negara Malaysia yang dicintai ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu menyebabkan Zambry kembali memegang jawatan Menteri Besar sementara menunggu perbicaraan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain