Kayveas akan cadang anggota senior parti ganti Murugiah - Semasa | mStar

Kayveas akan cadang anggota senior parti ganti Murugiah

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas akan mencadangkan beberapa nama anggota senior parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi bagi menggantikan Datuk T. Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang dipecat keanggotaanya.

Kayveas berkata beliau mungkin akan memberikan nama salah seorang daripada empat Naib Presiden parti itu bagi mengikut tradisi hierarki parti dengan memberi laluan kepada anggota yang telah lama berkhidmat.

"Apabila kita beri anggota junior (Murugiah) akan timbulkan masalah. Kita ada ramai naib presiden mungkin akan hantar satu nama yang senior," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan ulangtahun Umno ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Sabtu lepas, Kayveas mengumumkan bahawa Murugiah dipecat daripada parti itu atas tuduhan terlibat dengan politik wang selain didakwa cuba mencabar kedudukan presiden parti pemilihan PPP bulan depan.

Ketika diminta mengulas mengenai bungkusan kotak yang mengandungi dua butir kelongsong peluru dan sekeping nota ugutan yang diterima Murugiah di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Kayveas berkata ia merupakan satu percubaan untuk merosakkan nama baik PPP. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain