suria

Ibu tunggal dipenjara kerana milik dadah

ALOR SETAR Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan memiliki dadah di Langkawi enam tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Zamani A. Rahim memerintahkan Che Yam Saad, 54, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Februari 2003.

Che Yam mengaku bersalah memiliki dadah jenis kanabis seberat 598.55 gram, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Lalang, Ayer Hangat, Langkawi 7.30 pagi 25 Februari 2003.

Che Yam sebelum ini didakwa mengedar dadah jenis kanabis mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengaku tidak bersalah.

Che Yam diwakili peguam Mohd Nizam Adzahari manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ridha Abdah Subri. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain