suria

Bicara kes ibu Ying ditunda ke 14 Ogos

PULAU PINANG: Perbicaraan Teh Hooi Wen, ibu kepada kanak-kanak yang mati dibunuh, Shearwel Ooi Ying Ying, 3, dua tahun lepas, ditunda ke 14 Ogos ini berikutan timbalan pendakwa raya tidak hadir di mahkamah di sini hari ini.

Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Buyajid menetapkan tarikh itu selepas beliau dimaklumkan bahawa timbalan pendakwa raya berkenaan sedang mengikuti kursus.

Peguam yang mewakili Teh, V. Parthipan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihak pembelaan telah bersedia untuk perbicaraan hari ini, bagaimanapun akur dengan penangguhan itu memandangkan timbalan pendakwa raya tidak dapat hadir.

Mengikut laporan, Ying Ying ditemui mati tiga hari selepas dia dilaporkan hilang pada 5 Julai, 2007.

Teh pada awalnya dituduh membuat laporan palsu tentang kehilangan anaknya sedangkan dia tahu yang anaknya itu telah dibunuh.

Pada November 2007, pendakwaan meminda pertuduhan terhadap Teh kepada membuat laporan palsu kepada Lans Kpl Khairun Nisah Abd Ghani yang anaknya hilang sebaliknya anaknya telah meninggal dunia.

Tertuduh kes bunuh itu, Ong Chee Leong, ditemui mati tergantung dalam Pnjara Pulau Pinang pada Februari 2008. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain