suria

Polis siasat kaitan beg berisi 2 magazin dengan kes rompakan

SEORANG anggota polis memerhatikan senjata api jenis HK yang dibuang salah seorang perompak di tempat letak kereta di pusat beli-belah Kompleks Bukit Jambul semasa melarikan diri malam tadi. -- fotoBERNAMA

BALIK PULAU: Polis akan menyiasat sama ada sebuah beg silang berisi dua magazin dan satu bom asap yang ditemui dalam kawasan semak tepi jalan di KM6, Jalan Tun Sardon menghala Balik Pulau di sini hari ini mempunyai kaitan dengan kes rompakan di Kompleks Bukit Jambul di sini malam tadi.

"Kita akan siasat sama ada kedua-dua magazin dan bom asap itu ada kaitan dengan kes rompakan yang berlaku di Kompleks Bukit Jambul malam tadi," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Wan Abdullah Tunku Said ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengesahkan penemuan beg berkenaan oleh dua lelaki pada 12.55 tengah hari tadi.

Dalam kejadian rompakan kira-kira pukul 8.30 malam semalam, seorang perompak mati manakala seorang pekerja kedai emas cedera apabila sekumpulan penjenayah bersenjatakan senapang dan pistol merompak sebuah kedai emas di Kompleks Bukit Jambul. BERNAMA

Artikel Lain