PM kesal pembangkang tak hormati undang-undang - Semasa | mStar

PM kesal pembangkang tak hormati undang-undang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kesal dengan kekecohan yang timbul di Dewan Undangan Negeri Perak semalam disebabkan tindakan pembangkang yang tidak menghormati undang-undang.

Perdana Menteri berkata kekacauan dan keadaan tegang itu tidak sepatutnya berlaku kerana demokrasi di Malaysia diamalkan dengan cara yang menghormati tatasusila dan prinsip berasaskan kepada peraturan dan undang-undang.

"Kalau kita tak suka pada apa-apa pun, kita tak boleh menekan pendirian kita sehingga menafikan hak orang lain. Masing-masing ada hak, kerajaan ada hak, pembangkang ada hak.

"Tujuan kita mewujudkan peraturan dan undang-undang ialah untuk menentukan bahawa sistem demokrasi di Malaysia ini berjalan dengan lancar dan dengan tertib," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran pencapaian 10 tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini hari ini.

Majlis tersebut itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata jika peraturan dan undangundang tidak dihormati maka akan berlakulah keadaan yang mirip kepada undangundang rimba dalam negara ini.

"Dan ini, sudah tentu merupakan satu perkembangan yang amat tragik, yang amat memalukan kita dan merupakan satu proses yang memburukkan imej Malaysia sebagai sebuah yang tahu mengamalkan demokrasi yang matang," katanya.

Ditanya jika tindakan tiga anggota Dewan Undang Negeri (ADUN) itu meninggalkan barisan pembangkang untuk menjadi ADUN bebas mengikut undangundang beliau berkata: "Apakah yang dimaksudkan dengan tidak berperlembagaan itu?"

Katanya menukar parti adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi berparlimen dan ia pernah dilakukan oleh Winston Churchill (bekas Perdana Menteri Britain) dan terbaru di Amerika Syarikat, seorang senator parti Republican bertukar menjadi Democrat.

"Ianya tidak salah dan bukannya tidak berperlembagaan dan bukan tak sah. Jangan lupa bahawa ada usaha untuk tubuhkan kerajaan pada 16 Sept yang lalu menggunakan prinsip dan kaedah yang sama, yakni, cuba memujuk 30 ahli Parlimen kita untuk menukar parti.

"Apakah itu bukannya sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian. Jadi kalau kita anggap perkara itu boleh dilakukan, maka kenapa tidak tiga orang DUN itu menyokong Barisan Nasional," kata Najib.

Ditanya mengenai keengganan bekas Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengosongkan kerusi selepas dilucutkan jawatan semalam, beliau berkata Sivakumar sepatutnya mengosongkan kerusi itu kerana beliau tidak lagi menjadi Speaker.

Kepada soalan lain, Najib berkata sebarang pembubaran DUN Perak dilakukan berdasarkan budi bicara Sultan Perak.

"Penentuan pilihan raya adalah budi bicara Sultan, itu hak mutlak Sultan, bukan kita boleh adakan pilihan raya sesuka hati. Kalau Tuanku kata tak perlu dibubarkan sebab kerajaan yang ada ini kerajaan yang boleh mentadbir, jadi tak perlulah pilihan raya.

"Jangan lupa kerajaan PAS dulu di Kelantan boleh bertahan dengan satu kelebihan kerusi. Kita ada tiga kerusi dan ini membolehkan kita mentadbir di Perak," kata Najib.

Beliau juga menjelaskan bahawa penahanan beberapa orang menjelang persidangan DUN itu adalah satu tindakan polis dan kerajaan tidak terlibat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain