suria

Perhimpunan haram: Polis tahan ADUN Padungan

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Dominique Ng bersama isterinya dan lapan lagi anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan polis kerana mengadakan perhimpunan haram di Tebingan Kuching di sini, malam tadi.

Bernama difahamkan Ng bersama isterinya dan beberapa ahli PKR, termasuk seorang lagi wanita yang memakai baju hitam telah berkumpul di Tebingan Kuching sejak 8.00 malam tadi, sebagai tanda membantah persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.

Selain itu, Ng dan ahli-ahli PKR itu menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat mengikut Akta Hasutan 1948, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Wong Wai Loong memberitahu Bernama bahawa kumpulan itu telah diarahkan untuk bersurai kerana tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan.

Bagaimanapun, mereka ditahan pada kira-kira pukul 9.05 malam selepas enggan bersurai. BERNAMA

Artikel Lain