suria

Pelajar wanita diragut dua lelaki

JOHOR BAHARU: "Pembonceng motosikal itu memeluk saya dari belakang apabila saya tidak mengendahkan pertanyaannya sambil dia cuba merampas telefon bimbit di dalam kocek saya.

"Saya sempat bergelut dan menarik bajunya sebelum saya sendiri terjatuh ke atas jalan. Kedua-dua lelaki yang memakai baju T berwarna hitam dan hijau muda itu kemudian berjaya melarikan diri bersama telefon bimbit saya," kata Sheron Tan, 15, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku di Jalan ApiApi 6, Taman Megah Ria kira-kira 5 petang semalam, satu kilometer dari rumah mangsa.

Sheron yang turut tercedera berkata ketika itu dia sedang berjalan berseorangan untuk pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di sekolahnya.

"Saya baru selesai menghantar SMS (Sistem Pesanan Ringkas) kepada kawan saya sebelum didatangi dua lelaki berkenaan yang berpurapura meminta nombor telefon saya, sebelum saya dipeluk dari belakang oleh pembonceng motosikal berkenaan," katanya.

Sheron berkata seorang wanita yang melihatnya sedang terbaring di atas jalan sambil menangis menghantarnya pulang ke rumahnya.

Dia kemudia bersama bapanya membuat laporan di Balai Polis Seri Alam.

Bagaimanapun tindakan berani seorang lelaki yang berada di situ berjaya memberkas salah seorang daripada peragut tesebut, manakala rakan peragut itu sempat melarikan diri.

Mohd Hasni, 27, berkata beliau berjaya menahan salah seorang peragut itu selepas keduaduanya terjatuh dari motosikal mereka apabila bergesel dengan keretanya.

Katanya orang ramai yang berada di kawasan berkenaan turut membantunya menahan lelaki itu sebelum sebuah kereta peronda polis yang dihubungi tiba memberi bantuan.

"Saya pernah menjadi mangsa samun bersenjatakan parang di Pasir Gudang, kirakira tiga tahun lepas bersama bapa dan kakak saya. Kejadian itu membuatkan saya bertekad untuk menahan peragut itu," kata Mohd Hasni.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin mengesahkan polis menerima laporan kes berkenaan dan penahanan seorang lelaki.

Katanya rakan peragut itu sedang dikesan. BERNAMA

Artikel Lain