Murugiah tiada hasrat rampas jawatan Kayveas - Semasa | mStar

Murugiah tiada hasrat rampas jawatan Kayveas

SEREMBAN: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah kesal dengan percubaan pihak tertentu melaga-lagakan beliau dengan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M. Kayveas.

Murugiah berkata beliau tidak berhasrat untuk mencabar jawatan Kayveas seperti yang didakwa pihak berkenaan.

"Beliau (Kayveas) merupakan pemimpin yang baik. Mengapa kita perlu tukar pemimpin yang baik. Saya masih muda iaitu baru 45 tahun dan perjalanan politik saya masih panjang. Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar," katanya kepada pemberita semasa melawat Kolej Tafe di sini Jumaat.

Murugiah yang pernah menjawat Ketua Pemuda PPP sebelum menjadi Timbalan Menteri yang bertanggungjawab mengenai Biro Pengaduan Awam, meminta pihak-pihak ini berhenti dari menyebarkan berita nakal dan jika ada bukti beliau menyalahgunakan kuasa, laporkan kepada pihak berkuasa.

"Saya sendiri tidak meminta jawatan ini, saya berada pada kedudukan nombor sembilan di dalam parti sebelum ini. Selepas dipilih menjadi Timbalan Menteri, mereka (orang PPP) harus ingat, saya terpaksa berkhidmat untuk 27 juta rakyat Malaysia dan bukan hanya sekadar pada ahli parti sahaja," katanya.

Mengenai dakwaan kononnya beliau memberi wang dan tender kepada penyokongnya, beliau berkata, "Apa projek yang ada dalam hal-hal pengaduan awam? Saya bukan uruskan Jabatan Kerja Raya. Saya sendiri tidak ada projek dan bergantung kepada gaji Timbalan Menteri sahaja".

Menurut sebuah laman web, Malaysian Indian Online, Murugiah merupakan pemimpin kaum India yang paling popular.

"Itu tinjauan merupakan hak laman web tersebut. Hanya berdasarkan populariti dari laman web itu, kita tidak boleh membuat persepsi bahawa saya akan mencabar presiden. Hentikan perasaan cemburu ini," katanya.

Beliau mengakui tiada masalah dengan Kayveas malahan amat menghormatinya.

Pencalonan untuk pemilihan jawatan parti ialah pada 30 Mei ini dan pengundian 7 Jun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL