Pegawai kerajaan ditahan dalam premis palsukan permit pembantu rumah - Semasa | mStar

Pegawai kerajaan ditahan dalam premis palsukan permit pembantu rumah

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan seorang pegawai kerajaan ketika dia cuba menyelamatkan seorang wanita Indonesia daripada ditahan jabatan itu dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Gombak di sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Raja Mohd Raja Ismail berkata lelaki dalam lingkungan 50an tibatiba datang menyelamatkan wanita berkenaan ketika pihak berkuasa menyerbu sebuah agensi pembantu rumah di tingkat lima bangunan itu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memalsukan permit dan cop kedutaan negara Indonesia.

Visa wanita Indonesia itu pula telah tamat tempoh dan sedang dalam proses untuk diambil bekerja oleh bakal majikannya, katanya.

Bagaimanapun, ketika keduaduanya ditahan, lelaki terbabit mendakwa dia bekerja sebagai kerani di agensi itu dan tidak mengetahui apaapa mengenai kegiatan yang dijalankan premis itu.

"Dalam serbuan itu, kita menahan pegawai kerajaan tersebut. Dia masih disiasat (jabatan ingin tahu), mengapa dia ada di situ dan sama ada dia mempunyai kaitan atau tidak dengan operasi haram itu," katanya kepada Bernama.

Raja Mohd berkata serbuan kirakira pukul 1 petang itu dibuat ekoran penahanan seorang 'runner' di Jabatan Imigresen Shah Alam semalam selepas mereka mengesyaki ada yang tidak kena dengan pasport yang dibawa lelaki itu.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sebuah kotak yang mengandungi cop palsu termasuk cop Imigresen Pelabuhan Klang, set komputer dan 20 keping pasport Indonesia.

Bagaimanapun pemilik dan kakitangan agensi berkenaan gagal diberkas.

Beliau berkata agensi berkenaan dipercayai memperdaya orang tempatan yang mencari pembantu rumah dengan menawarkan perkhidmatan membekalkan pembantu rumah warga Indonesia dengan kadar segera walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal.

Katanya, pelanggan agensi berkenaan terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, pensyarah, eksekutif dan juga mereka yang bergelar 'Datuk' dan 'Tan Sri', tanpa mengetahui bahawa pembantu rumah yang digajikan mereka rupanya menggunakan permit bekerja yang palsu dan tinggal melebihi tempoh.

"Mereka membawa masuk wanita Indonesia dengan menggunakan visa pelancong untuk tempoh tiga bulan. Sesampainya mereka di sini, agensi itu kemudiannya mengeluarkan permit palsu buat mereka, siap sekali dengan kad kerja bersama kad perakuan kesihatan.

"Majikan pula sanggup membayar kira-kira RM8,000 kepada agensi tersebut sematamata untuk mendapatkan pembantu rumah dengan kadar segera dan mereka hanya menyedari diri mereka ditipu ketika mahu memperbaharui permit kerja pembantu rumah masing-masing," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain